You are here Utama

Selamat Datang Ke Pusat Modal Insan DPBS

E-mail Print PDF

Pusat Modal Insan DPBS

Pusat Modal Insan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah atau ringkasnya PMID telah diwujudkan di atas lima buah lot rumah kedai dua tingkat milik Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS).

Di tingkat bawah, tiga unit telah dijadikan bilik kuliah berhawa dingin dan bilik amali yang setiap satu boleh memuatkan antara 25 ke 30 orang pelatih, satu unit dijadikan pejabat pentadbiran dan satu unit untuk dewan makan.

Manakala, di tingkat atas, kelima-lima unit telah dijadikan asrama berhawa dingin, berkatil dua tingkat yang boleh menampung 76 orang pelatih pada satu-satu masa.

 

Dilengkapi dengan berbagai kemudahan asas dan lokasinya yang agak jauh dari kesibukan pusat bandaraya, PMID memang kondusif untuk pelaksanaan program-program kursus dan latihan kemahiran.

PMID terletak di kilometer 13 jalan Tuaran, Putera Jaya, Telipok iaitu di dalam lingkungan jarak radius purata 10 kilometer dari pejabat SIRIM, MTIB, Politeknik, INTAN, UMS, UiTM, ILP, MARDI, KKIP, TLDM, Indah Permai, Pekan Menggatal, dan bandar Tuaran.

Di sekitar PMID terdapat beberapa kedai cyber-internet, kedai makan halal, salon gunting rambut, kedai refleksologi, Superstore Giant, dan banyak lagi.

PMID adalah terbuka untuk mereka yang berminat menjalankan program kursus dan latihan jangka pendek atau jangka panjang, sambil mencuri peluang melakukan lawatan-lawatan pelancongan di kawasan sekitarnya, dengan kadar sewa yang berpatutan dan sederhana.