You are here Dasar Privasi & Keselamatan

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.


Maklumat Yang Dikumpul

Pihak PMID berhak menggunakan apa jua maklumat peribadi pengguna yang terdapat dalam portal dengan kebenaran pihak pengurusan PMID.

Sebarang media yang dimuat naik oleh pengguna portal bukan menjadi tanggungjawab pihak PMID dan akan dianggap sebagai bahan awam tanpa hakmilik. Oleh itu, pihak PMID bebas untuk menggunakan media tersebut dengan apa cara sekalipun.

Pengguna portal dilarang menghantar sebarang maklumat atau data yang tidak sah, bersifat memalukan, mengugut, memfitnah atau memburuk-burukkan, mendera, mencederakan, menggunakan perkataan kesat, mengandungi bahan berunsur lucah, atau lain-lain bahan yang boleh mengakibatkan perlanggaran undang-undang awam atau undang-undang jenayah.

Pengguna Portal bersetuju bahawa Pihak PMID tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan kerugian yang timbul dari apa-apa keputusan yang dibuat oleh pengguna berdasarkan maklumat yang terkandung dalam Portal setelah melayari Portal ini.

Sebarang bahan dan maklumat yang diterbit dan diuruseliakan oleh Pihak PMID akan menjadi hakcipta Pihak PMID.


Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Pihak PMID tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan laman web lain bagi pautan yang terdapat dalam PMID.  PMID ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.


Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.