
Assalamualaikum w.t.b, dan salam sejahtera!
Selamat Datang ke laman web kami, www.pumid.com.my
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) kini berjaya menubuhkan Pusat Modal Insan atau ringkasnya PMID di Putera Jaya, Telipok ini. Penubuhan PMID kini melambangkan kesungguhan DPBS dalam menyumbang ke arah pembangunan modal insan khususnya di negeri Sabah. PMID yang baru berumur setahun jagung, kini masih dalam proses memperkenalkan diri. Laman web ini sengaja dibina untuk membantu mempercepatkan proses perkenalan diri PMID sambil memberi ruang kepada umum menyumbang in-put membina yang seterusnya dapat memajukan PMID.
Akhir kata, saya yakin, PMID mampu menjadi sebuah pusat latihan yang mantap, dan pelengkap kepada mana-mana pusat yang sediada dalam tujuan yang serupa. Dalam hal ini, DPBS akan sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan dan bukan-kerajaan dalam menjayakan program-program kursus dan latihan sejajar dengan kapasiti PMID ketika ini, sesuai dengan slogannya, ”Penjana Insan Cemerlang.” Insyallah.
Salam perkenalan.....
En. Abdul Karim Abdul Rashid Pengurus PMID
|