|

Menyediakan fasiliti yang kondusif, dan memantapkan kerjasama dengan penganjur-penganjur program kursus dan latihan luar dalam meningkatkan kemahiran, kompentensi, dan ilmu kepada kumpulan sasaran.

Berterusan berusaha untuk menjadi sebuah pusat latihan yang mampu melahirkan sendiri modal insan yang kompeten dan cemerlang serta menjana para usahawan Bumiputera yang dinamik dan berkualiti global.

- Menyediakan fasiliti dan program bimbingan untuk para usahawan muda dan lepasan siswazah dalam bidang keusahawanan.
- Membantu kerajaan merealisasikan program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) di Sabah.
- Meningkatkan ilmu keusahawanan secara berterusan untuk para ahli DPBS dengan mengadakan program kursus dan latihan yang bersesuaian.
- Melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan dinamik hingga ke peringkat global.
- Melahirkan lebih ramai belia Bumiputera yang berkemahiran, kompeten dan berilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan.
- Bertindak sebagai wadah yang boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang relevan dalam usaha menjana modal insan yang cemerlang.
|